Tuesday, 5 April 2016

Ibu&Ayah yang mengerti


Sesungguhnya tanpa mereka mungkin aku tidak kenal dunia ini...
Tidak berjaya sampai tahap ini
Tidak dapat apa yang aku hajati
Kehidupan aku mungkin lebih sukar

Terima kasih ibu yang sentiasa ada di sisi saat susah senang
Mengerti ketika aku sedih
Menjadi tempat aku untuk bersandar
Memahami segala  isi hati ini
Menjadi pendengar setia segala resah dan gundah gelana
Tidak putus memberi semangat  ketika diri ini hampir lemah dan tidak mampu untuk terus melangkah

Terima kasih ayah
Sanggup bersusah payah  mencari rezeki demi apa yang diri ini  hajati
Sentiasa menyebelahi diri ini ketika dimarahi ibu
Sentiasa ada disisi ketika diri ini dalam kesusahan

Memang Tidak Terbalas Jasa Mu Ibu Ayah
Walaupun ketika  diri ini sudah bergelar  isteri
Walaupun diri ini dah menjadi ibu
namun layanan mu masih sama ketika aku belum berkahwin....
layanan mu masih sama seperti aku masih kecil
penuh  lagi dengan kasih sayang
penuh lagi dengan gurau senda....

Memang Tidak Mampu Ku Balas Kasih Sayang Mu mencurah-curah untuk anak-anakku
Tidak jemu melayan  telatah mereka..
Tidak letih melayan kerenah mereka
Sentiasa memenuhi apa yang mereka inginkan....
menatang mereka seperti minyak yang penuh....

Terima Kasih Allah...
Menganugerahkan Ibu Ayah untuk aku dan anak-anaku
Sesungguhnya tidak terbalas setiap jasa dan perngorbanan Ibu Ayah
Tidak Mampu untuk dibayar sehingga mati

Tiada kata mampu diungkapkan selain doa untuk Ibu Ayah....
Terima Kasih Ibu kerana telah melahirkan aku didunia ini
Terima Kasih Ayah kerana menjaga dan membesar aku....
Sesungguhnya tanpa mereka aku tiada disini....
Tanpa mereka tiada tempat aku bergantung
dan Menagih simpati...
Terima Kasih Allah.....





 



0 comments:

Post a Comment

 

Allah knows what is the best for you and when it's best for you have Template by Ipietoon Cute Blog Design