Sunday, 22 October 2017

Rindu

Dia cipta rindu
Rasa rindu itu sakit
Penangan rindu itu perit

Lalu bila hadir rasa rindu cepat-cepat bicara
pada Sang Pencipta
Bukan yang dirindui
Sebab hati kita Milik Dia

Dia Lagi Maha Mengetahui
Segala yang tersirat
Segala yang Ghaib

Sungguh
Dia Maha Mendengar
Dia Yang Mujib


Semoga terus kuat


Bila rasa dunia ini gelap
Hilang arah tuju
Tiada tempat bersandar

Mungkin saat itu harapan telah kabur

Jangan putus asa
Tidak perlu kecewa
Usah bersedih

Terus merayu-rayu la padaNya
Kerana tidak bergerak sebiji zarah pu tanpa izinNya

Dia Ya Rahma, Dia Ya Rahim


Setabah Ombak


Damainya menatap pantai
Betapa syahdunya dihembus bayu
Dingin
Sungguh Tenang

Ku susuri pantai
Ombak menderu
Gelora menghempas pantai
Lembut, mengasyikkan

Sesekali ombak kuat menghempas
Aku berlari mengelak ombak

Ku berbisik pada hati
Ombak tetap setia mengujungi pantai
Walaupun ombak terpaksa meredah laluan
yang begitu jauh dari pantai

Sifat ombak sering berubah
Berubah mengikut cuaca
Tidak tetap
Ada masa terlihat gagah mencari pantai

Tapi ombak kuat
Tabah
Rela menempuh cabaran dan ujian sepanjang pantai
Ada juga waktu terlihat payah
Menggulung lautan
Tapi hasratnya tak pernah berubah
Tetap ingin bertemu pantai

 

Allah knows what is the best for you and when it's best for you have Template by Ipietoon Cute Blog Design